Monday 31 October 2011

Mari Mencuba Resepi Ini

 KEK COKLAT KUKUS


BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk coklat 
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan  ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

PESAN SAJI: Adunan akan naik dua kali ganda. Oleh itu gunakan loyang yang tinggi dan besar.

Friday 28 October 2011

Salam 1 Malaysia

Berjumpa lagi kepada yang sentiasa membaca blog ini.. terima kasih...hari ini cikgu nak berikan link kepada soalan-soalan ERT.harap2 dapat membantu untuk memperkasakan lagi pemahaman dan pembelajaran subjek ERT kalian...

Kepada yang masih ingin mencari...silakan layari blog ini...insyaallah..ia banyak membantu..

Aktiviti 2011

Aktiviti
1. Sertai Bengkel Teknik Menjawab Soalan ERT

  • Terbuka kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4
  • Bertempat di Dewan SMK Taman Sri Muda
  • Bermula 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (5-6/11/2011)
  • Sebarang pertanyaan sila hubungi Cikgu Nik Haslina (018-8882222) 
2. Pertandingan Jahitan

  • Terbuka kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5
  • Bertempat di Dwean SMK Taman Sri Muda
  • Bermula 2.00 petang hingga 5.00 petang (4/11/2011)
  • Sebarang pertanyaan hubungi Cikgu Sarah (015-6665522)

Soalan Bab 2

Soalan Latihan
1. Diet seimbang ialah
A. sajian harian individu dalam kuantiti yang mencukupi.
B. hidangan pelbagai jenis makanan mengikut cita rasa indivu
C. makanan yang mengandungi semua nutrien dalam porsi yang sesuai.
D. Pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien dalam kuantiti
yang diperlukan.


2. Antara yang berikut yang manakah faktor yang mempengaruhi pengambilan diet.
i. keperluan fisiologi
ii. kemajuan teknologi
iii. pendapatan keluarga
iv. peruntukan diet harian yang disarankan
A. I , II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


3. Antara yang berikut yang manakah kepentingan diet seimbang
A. menghindari penyakit jantung kronik
B. memperoleh makanan yang lengkap
C. memelihara perkembangan mental
D. mengawal pertumbuhan

Soalan Bab 1


Latihan Bab 1

Bab 1.1 : Makanan dan Pemakanan

1. Kumpulan-kumpulan berikut perlu banyak mengambil protein
I Bayi (1-13 tahun)
II Remaja lelaki (16 – 19 tahun)
III Ibu mengandung
IV Ibu menyusukan anak
A I, II dan III C I, III dan IV
B II, III dan IV D I, II, III dan IV

2. Kumpulan yang perlu mengambil ferum yang lebih ialah
I Kanak-kanak
II Ibu mengandung
III Remaja perempuan
IV Remaja lelaki
A I dan II C II dan III
B I dan III D II dan IV

3. Tahap keperluan nutrien harian oleh individu yang sihat dalam RDA merujuk
kepada

I Jantina
II Umur
III Ibu mengandung dan menyusukan anak
IV Berat badan
A I dan III C II, III dan IV
B I. III dan IV D I, II dan III

4. Peruntukkan Diet Harian yang disarankan (RDA) ialah.

A Diet seimbang
B Aras dalam R'ramid Makanan
C Merujuk kepada keperluan fisiologi
D Satu jadual yang menunjukkan tahap keperluan nutrien harian oleh
individu yang sihat.

5. Pernyataan manakah yang benar tentang Piramid makanan
Aras Jenis hidangan
A Aras 1 Makanan sedikit sahaja. (Lemak, minyak, gala)
B Aras 2 Makan lebih banyak (Sayur-sayuran, buah-buahan)
C Aras 3 Makan paling banyak (Bijirin, hasil bijirin.)
D Aras 4 Makan dengan sederhana (Ayam, ikan, kekacang, hasil tenusu)

6. Piramid makanan ialah
A Diet seimbang.
B Pendapatan keluarga.
C Pengambilan makanan berdasarkan RDA.
D Satu panduan bagi pemilihan makanan untuk amalan yang sihat.

7. Pengambilan makanan untuk mengawal kesihatan yang baik bergantung kepada keperluan fisiologi seperti …
I Umur
II Jantina
III Saiz tubuh
IV Aktiviti yang dijalankan
A I dan II C I, III dan IV
B II dan III D I, II, III dan IV


8. Antara berikut pernyataan yang manakah betul tentang diet ?

A Apa yang kita makan.
B Pengambilan makanan oleh individu.
C Disarankan oleh peruntukkan diet harian.
D Pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien.

9. Antara berikut yang manakah bukan kegunaan RDA ?

A Menjaga bentuk badan
B Merancang menu harian
C Membuat label makanan
D Garis panduan menggubal polisi makanan

10. RDA dapat digunakan sebagai alat pengukur untuk

A Nilai protein dalam makanan
B Nutrient pembekal tenaga harian
C Nilai keperluan lemak bagi individu
D Nilai kuantiti suatu makanan berhubung dengan kesihatan

11. 76 kJ tenaga dihasilkan oleh

A 1 g lemak C 4 g protein
B 2 g lemak D 2 g karbohidrat

12. 1 gram karbohidrat menghasilkan kkal tenaga.

A 2 C 9
B 4 D 12

13. Berapakah nilai tenaga yang dihasilkan oleh 100g kuih lapis yang mengandungi 1.9g protein ?

A 38 KJ C 23.3KJ
B 32.3 KJ D 3.23KJ

14. Antara berikut yang manakah perlu untuk Pengiraan Nilai Tenaga ?

A Protein, lemak dan air,
B Karbohidrat, air dan serat
C Protein, karbohidrat dan serat
D Lemak, protein dan karbohidrat.

15. Kepentingan diet seimbang ialah

I memelihara kesihatan
II menghindari penyakit yang berkaitan dengan kekurangan nutrien

III memelihara perkembangan mental.
IV memastikan pertumbuhan yang normal.
A I, II dan III C II dan IV
B II, III dan IV D I, II. Ill, dan IV

16. Kesan daripada diet yang seimbang ialah

I Pertumbuhan yang sempuma.
II Rambut yang berkilat.
III Wajah yang tenang dan berseri serta postur yang baik.
IV Bentuk badan yang bulat
A I dan II C II, III dan IV
B I, II dan III D III dan IV

16. Jenis makanan yang perlu dimakan dengan banyak ialah .

A Nasi C Kekacang
B Mentega D Buah-buahan

17. Antara berikut ialah Nutrien pembekal tenaga kecuali
A karbohidrat C Protein
B Garam mineral D Lemak

18. Makanan ialah

A Sebarang bahan yang boleh dimakan.
B Bahan yang boleh dimasak dan menyelerakan.
C Bahan yang boleh dimakan samada berbentuk pepejal atau cecair
D Bahan yang mempunyai berbagai rasa, njpa, warna dan tekstur.

19. Apakah maksud pemakanan ?
A Kajian tentang pengambilan makanan untuk mengawal kesihatan.
B Pemakanan yang seimbang untuk menjalankan fungsi tubuh yang sihat.
C Pemakanan yang seimbang untuk menjadikan seseorang lebih sihat dan bertenaga.
D Kajian yang berkaitan dengan pengambilan makanan untuk proses pertumbuhan, pernulihan dan pengawalan kesihatan.

20. Antara berikut yang manakah peranan nutrien

I Membekal tenaga dan haba
II Memelihara dan mengawal proses tubuh
III Memenuhi keperluan sosial dan fisiologi.
IV Membina sel tubuh, tumbesaran dan pernulihan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

Thursday 27 October 2011

Bab 5


BAB 5 : PRINSIP MEMASAK
Sebahagian makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dimakan mentah. Sebahagian makanan lagi seperti daging, ikan, dan kuih muih perlu dimasak sebelum boleh dimakan. Prinsip memasak melibatkan 2 kaedah memasak  iaitu :
1.Haba Kering :
-menggoreng
-membakar
-memanggang
2. Haba Lembap :
- Mengukus
- Mencelur
- Mereneh
- Merendidih
- Merebus
1. MEMBAKAR :
-Ialah memasak makanan didalam ketuhar panas menggunakan arus elektrik gas, kerosin dan arang.
2. MEMANGGANG :
- Ialah memasak makanan di dengan menggunakan haba yang sangat panas daripada elemen pemanas, api gas, bara arang, di atas api yang terbuka atau di dalam ketuhar.
KEBAIKAN :
i) MEMBAKAR
-Hanya sedikit nutrien yang hilang
-Sedikit makanan diperlukan
-Bentuk asal makanan dikekalkan
-Makanan menarik dan menyelerakan’
-Mmenjimatkan masa dan tenaga

ii) MEMANGGANG
-Sedap
-Cepat masak
-Kurang Berminyak dan mudah dicerna

KELEMAHAN :
i) MEMBAKAR
-Perlukan bahan api
-Potongan makanan tidak sesuai
-Masa memasak lama
-Perlukan kecekapan dalam mengawal suhu
-Memerlukan peralatan tertentu
ii) MEMANGGANG
-Mahal
-Masa lama untuk dimasak
-Perlukan bahan api
-Perlukan jagaan rapi

Bab 4

BAB 4 : PEMILIHAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN
  1. Makanan segar ialah makanan yang belum dimasak atau diproses
  2. Makanan kering ialah makanan yang telah dikeringkan secara dijemur atau menggunakan haba panas.
  3. Klasifikasi dan contoh makanan :-
MAKANAN
A)     MAKANAN SEGAR
  • SAYUR-SAYURAN
  • IKAN
  • DAGING
B)      MAKANAN KERING
  • BIJIRIN
  • HASIL BIJIRIN
  • KEKACANG
  • REMPAH/HERBA
  • SAYUR-SAYURAN
  1. Sayur-sayuran harus dipilih dengan teliti. Semua sayur harus berwarna segar dan cerah, rangup, tiada tanda lebam, berbentuk elok dan bersih.
  2. Daging dan ofal hendaklah berbau segar, warnanya kemerahan, isinya pejal, dan tidak banyak lemak.
  3. Ciri ikan dan karangan laut segar :-
(a)    Tiada bahagian yang tertanggal
(b)   Bau segar
(c)    Isi keras, tidak mengecut dan kering
(d)   Insang bewarna merah
(e)   Mata menonjol
(f )   Sisik yang masih melekat
  1. Makanan segar hendaklah disimpan dalam keadaan bersih supaya bacteria tidak membiak. Contohnya:-
  • Ikan dan daging hendaklah disimpan dibahagian sejuk beku di dalam peti sejuk.
  • Sayur-sayuran hendaklah disimpan didalam tempat sayur didalam peti sejuk.
  • Sayuran ubi hendaklah diletakkan jauh daripada makanan yang berbau kuat, ditempat yang sejuk, gelap dan kering.
  1. Makanan kering yang baru dan elok adalah berkeadaan kering, tidak berulat, dan tidak berbau hapak. Kacang hendaklah berbentuk elok dan tidak berulat. Rempah hendaklah berbau segar. Serbuk rempah kelihatan peroi dan tidak berketul-ketul.
  2. Semua makanan kering hendaklah disimpan didalam bekas yang kedap udara.
     Sila klik disini

Bab 3

BAB 3 : PENCERNAAN DAN PENYERAPAN
PENCERNAAN DAN PENYERAPAN :
  • Ialah proses pertukaran makanan kepada bentuk yang lebih ringkas bagi tujuan penyerapan di dalam badan.
  • Salur pencernaan yang terlibat bermula dari  ESOFAGUS – PERUT – DUODENUM - JEJUNUM - ILEUM – KOLON MENAIK – KOLON MELINTANG – KOLON MANURUN.
  • Antara organ-organ lain yang terlibat di dalam proses pencernaan ialah MULUT, PANKREAS dan  PUNDI HEMPEDU.
PROSES PENCERNAAN BERLAKU :
  • Apabila kita makan, makanan tersebut akan dikunyah dan menjadi kepingan kecil.
  • Kehadiran makanan akan meransang kelenjar air liur untuk hasilkan enzim amilase.
  • Amilase memecahkan kanji kepada maltosa. Kemudian, makanan akan menjadi bentuk bolus kemudian ditelan.
  • Antara nutrien-nutrien yang ditukarkan semasa proses pencernaan :
  1. PROTEIN  → ASID AMINO
  2. KARBOHIDRAT  → GULA RINGKAS
  3. LEMAK  → ASID LEMAK &  GLISEROL
  • Kesimpulannya, hasil daripada pertukaran nutrien iaitu asid amino, gula ringkas, asid lemak dan gliserol  akan  diserap ke dalam darah dan limfa.
  • 2 enzim yang terdapat dalam perut ialah pepsin dan renin.
  • 2 enzim yang terdapat dalam duodenum ialah amilase, lipase dan tripsin.
  • Penyerapan nutrien bermula dalam usus kecil melalui vilus ke saluran limfa dan darah.

Wednesday 26 October 2011

Bab 2

BAB 2 : DIET

DIET
  • Merupakan pengambilan makanan
DIET SEIMBANG
  • Merupakan pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien,air,dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan.
KEPENTINGAN DIET SEIMBANG
  1. Memastikan pertumbuhan yang normal.
  2. Menghindari penyakit yang berkaitan dengan kekurangan nutrien.
  3. Memelihara perkembangan mental.
  4. Memelihara kesihatan.
ARAS 4 : Makan sedikit sahaja ( lemak,minyak,gula )
ARAS 3 : Makan dengan sederhana ( daging,ayam,ikan,kekacang,hasil tenusu )
ARAS 2 : Makan lebih banyak ( sayur-sayuran,buah-buahan )
ARAS 1 : Makan paling banyak ( bijirin,hasil bijirin,ubi-ubian ) 
  1. Peruntukan Diet Harian yang Disarankan ( RDA ) satu jadual yang menunjukkan tahap keperluan nutrient harian mengikut kumpulan tertentu.
  2. Penghasilan tenaga oleh tiga nutrient makanan
(a)    1 g karbohidrat = 17 Kj / 4 kkal tenaga
(b)   1 g protein = 17 KJ / 4 kkal tenaga
(c)    1 g lemak = 38 KJ / 9 kkal tenaga
PENGGUNAAN RDA  :-
(a)    Menilai kuantiti makanan berhubung dengan kesihatan
(b)   Garis panduan menggubal polisi makanan
(c)    Membuat label makanan
(d)   Merancang menu harian

Bab 1

BAB 1: MAKANAN DAN PEMAKANAN
Makanan merupakan perkara yang kita ambil dalam kehidupan seharian untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita. Makanan yang diambil setiap hari hendaklah seimbang dan membekalkan nutrien yang diperlukan mengikut keperluan individu. Contohnya pengambilan nutrien, protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral.
Tujuan mengambil makanan ialah untuk membekalkan tubuh dengan semua nutrien yang diperlukan bagi mendapatkan kesihatan yang optimum.
Setiap manusia memerlukan makanan dan makanan yang kita ambil juga   perlulah mengandungi kandungan nutrien yang lengkap. Keperluan nutrien di pengaruhi oleh beberapa faktor iaitu :
  • Jantina -  Kebiasaanya lelaki memerlukan lebih nutrien berbanding dengan perempuan. Ini kerana lelaki lebih aktif dan mempunyai otot yang berlemak. Manakala, perempuan pula memerlukan ferum yang banyak untuk menampung kehilangan darah semasa haid dan bersalin.
  • Umur  – Bayi perlukan protein, karbohidrat, kalsium, dan ferum untuk pertumbuhan. Manakala, kanak-kanak pula memerlukan karbohidrat dan protein kerana sangat aktif dan membesar dengan pesat. Remaja pula perlukan protein, kalsium dan ferum  bagi mengimbangi perubahan fizikal dan peningkatan aktiviti. Dewasa dan warga tua pula memerlukan lebih kalsium dan kalsiferol bagi tulang yang sihat dan menghalang osteoporosis. Asid askorbik dan retinol bagi mencegah infeksi serta tiamina untuk membantu fungsi saraf.
  • Saiz tubuh badan – Terbahagi kepada 2 jenis tubuh badan iaitu :
i)  Endomorf – Mempunyai bentuk tubuh yang besar. Ini menyebabkan lebih tenaga diperlukan bagi menggerakkan badan dan   mengekalkan fungsi tubuh.
ii) Ektomorf – Mempunyai bentuk tubuh yang kecil dan tidak memerlukan tenaga yang lebih berbanding endomorf.
  • Aktiviti – Semakin banyak aktiviti fizikal yang dilakukan, semakin banyak tenaga yang diperlukan. contohnya aktiviti berenang merupakan aktiviti yang memerlukan banyak tenaga iaitu 5.0-11.0 kkal/min.
  • Kumpulan Tertentu – melibatkan 4 kategori iaitu :
√ Ibu Mengandung – protein diperlukan bagi pertumbuhan dan perkembangan fetus
- asis folik untuk perkembangan otak yang sihat
- kalsium dan fosforus untuk pembentukan tulang
- ferum untuk menjamin bekalan darah semasa melahirkan anak
√  Ibu yang menyusukan anak –protein, kalsium dan tenaga perlu untuk penghasilan susu
√   Pesakit dan si pulih – Protein dan karbohidrat untuk membina dan membaiki tisu serta sembuh
√   Vegetarian – Protein diperoleh daripada kekacangan
- Retinol diperoleh daripada karoten sayur-sayuran
- Kalsiferol pula diperkaya oleh marjerin.
- Kalsium, fosforus dan ferum pula dibekalkan melalui sayuran hijau.
-Sila klik disini  untuk melihat kandungan vitamin dalam makanan