Monday 31 October 2011

Mari Mencuba Resepi Ini

 KEK COKLAT KUKUS


BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk coklat 
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan  ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

PESAN SAJI: Adunan akan naik dua kali ganda. Oleh itu gunakan loyang yang tinggi dan besar.

5 comments:

  1. kepada pelajar yang sudah mencuba, bolehlah tinggalkan komen anda di sini..

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu sbb bg resepi ni.tp kek yg saya buat tu mcm xjadi sketla.knp ek?macam terbantut plak keknya...

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana mencuba,kepada idayu cikgu rasa mungkin ada bahan yang kurang sukatannya.cikgu harap kamu boleh cuba lagi hingga berjaya.ikut sukatan bahan yang dinyatakan insyaallah kek akan menjadi.

    ReplyDelete